STEM IOT : MEMBINA KERETA BELON

Aktiviti terkini | 20 September 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Layang-Layang

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
• Sebelum memulakan projek stem, para peserta diberi taklimat ringkas berkenaan S.A.F.E dan fokus untuk topik buli siber.
• Selesai taklimat S.A.F.E, petugas terus kepada projek stem iaitu membina kereta belon.
• Petugas NADI menunjukkan cara-cara untuk membina kereta belon melalui tayangan video youtube.
• Peserta dibahagikan kepada beberapa Kumpulan. 1kumpulan 2orang.
• Petugas mengedarkan segala peralatan untuk membina kereta belon.
• Peserta membina mengikut arahan dan cara yang telah ditunjukkan mengikut turutan.

Tujuan:
• Memperkenalkan kepada peserta berkenaan hukum gerakan newton, tenaga kinetik dan tenaga keupayaan

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
Peralatan yang digunakan :
• Botol air mineral
• Soletip
• Penyedut minuman
• Gunting
• Belon
• Penutup botol
• Lidi

Kelebihan:
• Peserta dapat mempelajari sendiri cara untuk membina kereta belon dari awal sehingga kereta dapat digerakkan.
• Para peserta juga dapat melihat sendiri bagaimana tenaga kinetik dan tenaga keupayaan berfungsi bagi menggerakkan kereta belon.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama