Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Asalnya kawasan ini diliputi oleh hutan yang tebal serta dihuni oleh pelbagai spesis binatang liar, namun kewujudan Burung Layang-Layang yang banyak berbanding unggas lain di kawasan ini menyebabkan para peneroka yang berhijrah ke sini bersetuju untuk menamakan skim tanah rancangan ini sempena nama burung ini menjadikannya dikenali sebagai FELDA Layang-Layang. Pembangunan di FELDA Layang-Layang bermula sekitar tahun 1981 dalam dua fasa.
Fasa Satu meliputi kawasan seluas 363.04 hektar manakala Fasa Dua seluas 162.52 hektar. 525.26 hektar adalah lot milik peneroka manakala 222.48 hektar adalah milik FELDA. Jumlah kawasan penanaman kelapa sawit yang menjadi komoditi utama peneroka di sini adalah 748.04 hektar dengan sejumlah 48.80 hektar merupakan kawasan penempatan penduduk yang menjadi peneroka di sini.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2024STEM IOT : MEMBINA KERETA BELON
Aktiviti Terkini | 20 September 2024Memperkenalkan kepada peserta berkenaan hukum gerakan newton, tenaga kinetik dan tenaga keupayaan......................baca selanjutnya
BASIC ICT CLASS : MICROSOFT WORD (INSERT PICTURE)
Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2024Pelajar ke bahagian carian di google untuk mencari bahan dan gambar yang diperlukan......................baca selanjutnya
BASIC ICT CLASS: MICROSOFT WORD (BASIC TABLE)
Aktiviti Terkini | 5 Julai 2024Membimbing peserta untuk lebih mahir menggunakan Microsoft Word.....................baca selanjutnya
BASIC ICT CLASS: PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2025
Aktiviti Terkini | 13 Jun 2024Garis panduan pendaftaran permohonan kemasukan ke tahun 1 bagi sesi 2025....................baca selanjutnya
SOFT SKILLS CLASS: TYPING SKILLS
Aktiviti Terkini | 25 Mei 2024Garis panduan membuat surat rasmi mengikut format yang betul, tepat dan seragam ....................baca selanjutnya
BASIC ICT CLASS : PANDUAN MEMBUAT SURAT RASMI AKAUN BUJANG
Aktiviti Terkini | 28 April 2024Garis panduan membuat surat rasmi mengikut format yang betul, tepat dan seragam ....................baca selanjutnya
BASIC ICT: COMPUTER MOUSE PRACTICE
Aktiviti Terkini | 6 Mac 2024Melatih kemahiran tetikus melalui “Learning Education Games”....................baca selanjutnya
KELAS E-LEARNING: MATEMATIK
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2024Membimbing peserta untuk lebih mahir dalam pengiraan secara rawak tanpa menggunakan kalkulator.....................baca selanjutnya
JELAJAH KASI ON SIMPANG RENGGAM (CHECKPOINT 4 : FELDA LAYANG-LAYANG)
Aktiviti Terkini | 17 Februari 2024Membentuk hubungan baik antara pemimpin dan juga rakyat terutamanya komuniti di Felda Layang-Layang....................baca selanjutnya
STEM CLASS: ENGINEERING.COM (PRIMO)
Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024Meningkatkan daya tumpuan dan memori peserta serta menguji tahap pemikiran peserta bagaimana untuk menyambung titik mengikut turutan nombor supaya bola boleh melepasi laluan yang betul......................baca selanjutnya
E-LEARNING: ULANGKAJI BAHASA MELAYU
Aktiviti Terkini | 21 Januari 2024Menarik minat pelajar mengulangkaji pelajaran tanpa rasa bosan....................baca selanjutnya
STEM PROJECT: QUIVER COLORING 3D
Aktiviti Terkini | 17 Januari 2024Pendidikan tertentu yang dapat menarik minat pelajar ketika pembelajaran dijalankan seperti topik sains, alam sekitar, matematik dan geografi....................baca selanjutnya
STEM CLASS: ENGINEERING.COM (FACTORY BALLS)
Aktiviti Terkini | 11 Januari 2024Meningkatkan daya tumpuan dan memori peserta serta menguji tahap pemikiran peserta bagaimana untuk menghasilkan sesuatu objek mengikut bentuk, warna dan saiz yang diperlukan...................baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya