Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Asalnya kawasan ini diliputi oleh hutan yang tebal serta dihuni oleh pelbagai spesis binatang liar, namun kewujudan Burung Layang-Layang yang banyak berbanding unggas lain di kawasan ini menyebabkan para peneroka yang berhijrah ke sini bersetuju untuk menamakan skim tanah rancangan ini sempena nama burung ini menjadikannya dikenali sebagai FELDA Layang-Layang. Pembangunan di FELDA Layang-Layang bermula sekitar tahun 1981 dalam dua fasa.

Fasa Satu meliputi kawasan seluas 363.04 hektar manakala Fasa Dua seluas 162.52 hektar. 525.26 hektar adalah lot milik peneroka manakala 222.48 hektar adalah milik FELDA. Jumlah kawasan penanaman kelapa sawit yang menjadi komoditi utama peneroka di sini adalah 748.04 hektar dengan sejumlah 48.80 hektar merupakan kawasan penempatan penduduk yang menjadi peneroka di sini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


BASIC ICT: COMPUTER MOUSE PRACTICE

Aktiviti Terkini | 6 Mac 2024

Melatih kemahiran tetikus melalui “Learning Education Games”....................baca selanjutnya

KELAS E-LEARNING: MATEMATIK

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2024

Membimbing peserta untuk lebih mahir dalam pengiraan secara rawak tanpa menggunakan kalkulator.....................baca selanjutnya

JELAJAH KASI ON SIMPANG RENGGAM (CHECKPOINT 4 : FELDA LAYANG-LAYANG)

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2024

Membentuk hubungan baik antara pemimpin dan juga rakyat terutamanya komuniti di Felda Layang-Layang....................baca selanjutnya

STEM CLASS: ENGINEERING.COM (PRIMO)

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024

Meningkatkan daya tumpuan dan memori peserta serta menguji tahap pemikiran peserta bagaimana untuk menyambung titik mengikut turutan nombor supaya bola boleh melepasi laluan yang betul......................baca selanjutnya

E-LEARNING: ULANGKAJI BAHASA MELAYU

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2024

Menarik minat pelajar mengulangkaji pelajaran tanpa rasa bosan....................baca selanjutnya

STEM PROJECT: QUIVER COLORING 3D

Aktiviti Terkini | 17 Januari 2024

Pendidikan tertentu yang dapat menarik minat pelajar ketika pembelajaran dijalankan seperti topik sains, alam sekitar, matematik dan geografi....................baca selanjutnya

STEM CLASS: ENGINEERING.COM (FACTORY BALLS)

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2024

Meningkatkan daya tumpuan dan memori peserta serta menguji tahap pemikiran peserta bagaimana untuk menghasilkan sesuatu objek mengikut bentuk, warna dan saiz yang diperlukan...................baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti